:: Untuk Semakan & Pengesahan

::.. Kelulusan Pelan Bangunan oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Kelantan : MDTM/OSC/PB/08/121

::.. atau hubungi Bahagian Perancangan & Bangunan MDTM di talian 09 955 6023 / 09 955 6026 samb. 126
untuk keterangan lanjut.
---------------------------------------------------------------
::.. Pertanyaan mengenai akaun bank, boleh hubungi pihak BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
Cawangan Tanah Merah di talian ( 09 955 8341/2341/2348 ) / akaun no 03-054-01-002190-3
---------------------------------------------------------------
::. Hubungi En. Zaliman Bin Zakaria ( Penyelia Projek ) - 013 991 9083 & 013 920 1312

Kepada yang ingin menderma melalui Cek, Wang Pos, Kiriman Wang dan sebagainya, sila tujukan kepada "Bendahari Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru" , di alamat No 38, Lorong 2, Kg Manal 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

*********************************************************

::. Penafian

ASSALAMUALAIKUM...

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 & juga
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3
TIDAK PERNAH MELANTIK
mana-mana pihak/individu/syarikat/blogger/NGO
untuk membuat KUTIPAN DERMA /SUMBANGAN
dari rumah ke rumah mahupun dikalangan orang ramai.

Sekiranya Tuan/Puan Muslimin Muslimat
ingin menderma bagi mengisi
"Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3",
sila gunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan sahaja,
tanpa melalui pihak ketiga.

Sekian, terima kasih.

::. Komentar dan Pendapat

Assalamualaikum....

Sebarang komentar/idea/pendapat/kritikan harap disalurkan ke email Masjid Tok Guru Manal 3 dan bukannya di CBox untuk mengelakkan kekeliruan pihak lain.

email: masjid_tokguru@yahoo.com
weblog: http://masjidtokguru.blogspot.com
P.I.C: Sdr. Zaliman Zakaria - 013 991 9083/013 920 13 12

::. Pembinaan Giat Dijalankan...DERMA DIPERLUKAN!!!

Terkini 1 September 2009: Pembiaan terhenti. derma diperlukan

::. JOM BANTU KAMI IKLANKAN RAYUAN DERMA!

Assalamualaikum...

Tuan / Puan dijemput untuk turut sama membantu kami mengiklan Rayuan Derma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3". Caranya mudah saja, sila Copy & Paste' kan iklan dibawah ke blog-blog/email/cbox/ruang sembang....

Mula copy dibawah ini..

Salam Ukhuwwah...

Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati:

http://masjidtokguru.blogspot.com/

(Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda)

Terima kasih.
<< hingga disini.
-----------------------

Wednesday, September 23, 2009

PENAFIAN: Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH melantik PEMUNGUT DERMA

ASSALAMUALAIKUM...

Diumumkan kepada Muslimin Muslimat Para Penderma Budiman Sekalian,

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 TIDAK PERNAH melantik mana-mana INDIVIDU/PERTUBUHAN/BLOGGER/NGO sebagai AGEN PEMUNGUT DERMA bagi mengisi Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3.

Jawatankuasa Masjid ini telah menerima beberapa aduan bahawa wujudkan kerja-kerja memungut derma oleh beberapa orang Individu di Sekitar Bandar Machang, Kelantan dan juga Bandar Baru Bangi yang kononnya dilantik oleh Jawatankuasa Masjid ini.

Jawatankuasa Masjid MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA dakwaan ini, dan menasihatkan kepada mana-mana individu yang ingin menderma agar menyalurkan terus derma anda ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad sebagaimana yang tertera, tanpa melalui pihak ketiga.


Sekian.

Tuesday, September 15, 2009

Pungutan Derma TERKINI RM 157,600.16, masih perlukan RM 142,399.84

Jumlah Pungutan Derma 'Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3' sehingga 16 September 2009 adalah sebanyak RM 157,600.16. Kami masih memerlukan RM 142,399.84 lagi untuk menyambung kerja-kerja pembinaan bagi FASA 1.

Kepada para penderma budiman, derma anda amat dialu-alukan. Untuk menderma, anda boleh salurkan ke 'Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3' ( No Akaun Bank Islam: 03-054-01-002190-3) atau disalurkan melalui Money Order / Cek / Wang Pos atas nama:

Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3,
No. 38, Lorong 2, Manal 3,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.

Kami ucapkan jutaan terima kasih di atas derma tuan/puan. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

Sunday, September 13, 2009

Gunakan kesempatan 10 hari terakhir Ramadhan untuk memperbanyakkan sedekah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Ramadhan 1430 Hijrah berbaki beberapa hari saja lagi. Kini kita berada di 10 hari terakhir Ramadhan, dan ambang Syawal.

Gunakan sepenuhnya kesempatan fasa 10 hari terakhir untuk Ramadhan tahun ini bagi melipat gandakan kebajikan dan derma atau sedekah.

Jawatankuasa Masjid Tok Guru Kg Manal 3 amat mengalu-alukan dan mengharapkan sumbangan derma daripada muslimin dan muslimat sekalian bagi meneruskan kerja-kerja pembinaan yang dijadualkan akan disambung semula selepas Idulfitri nanti.

Semoga segala kerja buat dan usaha kita ini mendapat Rahmat dan Barakah dari Allah S.W.T. Ingatlah maksud hadith sohih: Sesiapa yang membina Masjid, maka Allah akan membina untuknya satu rumah didalam Syurga.

Friday, September 11, 2009

::. BANTU IKLANKAN RAYUAN DERMA MASJID TOK GURU..

Assalamualaikum...

JOM REBUT PAHALA. Tuan / Puan dijemput untuk turut sama membantu kami mengiklan Rayuan Derma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3".

Caranya mudah saja, sila Copy & Paste' kan iklan dibawah ke blog-blog/email/cbox/ruang sembang....

Mula copy dibawah ini..

Salam Ukhuwwah...

Kami memerlukan DERMA ANDA untuk mengisi “TABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3″. Untuk keterangan lanjut, sila lawati: http://masjidtokguru.blogspot.com/

(Sila sebarkan kepada rakan-rakan anda)

Terima kasih. <<<>

Iklan Rayuan Derma DISIARKAN DALAM HARAKAH

Assalamualaikum..


Jawatankuasa Masjid telah mengiklankan Rayuan Derma bagi mengisi "Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru Manal 3" dalam setiap keluaran Harakah dari minggu lepas sehingga pertengahan Syawal. Harap para penderma maklum.

Disebabkan timbul beberapa perkara berbangkit, khususnya kesahihan pembinaan Masjid Tok Guru ini oleh sesetengah pihak, diharap pihak tuan dapat menghubungi Bahagian Perancangan & Bangunan, Majlis Daerah Tanah Merah, Kelantan ( http://.mdtanahmerah.gov.my/ ) dan juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan (merangkap ADUN Bukit Panau), YB Abdul Fattah Mahmood untuk pengesahan dan semakan.

Wednesday, September 9, 2009

RM136,500.63... masih perlukan RM163,499.37

Baki sehingga 08 September 2009 bagi akaun "Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru" ialah:

BANK ISLAM Cawangan Tanah Merah, Kelantan
(No. Akaun: 03-054-01-002190-3 )

RM 136,500.63

Kami masih memerlukan RM163,499.37 untuk KOS PEMBINAAN FASA 1.

Monday, September 7, 2009

Aduan melalui SMS tentang Masjid Tok Guru Manal 3

Assalamualaikum...

Kami, Jawatankuasa Masjid Tok Guru Manal 3 memerlukan respon daripada pihak anda mengenai kutipan derma untuk pembinaan Masjid ini.

Sebarang aduan/komen/idea/pendapat mengenai pembinaan Masjid ini boleh di SMS kan ke:

013 991 9083 / 013 920 1312 ( Zaliman )

Sekian, terima kasih.